PBT

Sempena ulang tahun ke-25 MBSA, Proton e.MAS menanti pembayar cukai bertuah

25 Jun 2025, 3:56 PM
Sempena ulang tahun ke-25 MBSA, Proton e.MAS menanti pembayar cukai bertuah

SHAH ALAM, 25 JUN: Sempena sambutan ulang tahun ke-25 pada Oktober ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan beberapa program khas termasuk menyediakan 20,000 parkir percuma kepada warga emas.

Datuk Bandar Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata pihaknya turut menganjur kempen bayar dan menang cukai taksiran yang menawarkan hadiah berjumlah RM300,000 termasuk kereta elektrik Proton e.MAS.

Selain itu, sejumlah RM20,000 turut diperuntuk bagi mengagihkan bantuan kepada warga emas dan orang kelainan upaya seperti gigi palsu, cermin mata dan kerusi tandas.

“Untuk parkir percuma itu, seramai 1,150 warga emas sudah terima manfaat. Mereka tidak perlu membayar parkir milik MBSA selama dua tahun.

“Kita saran penduduk yang memiliki aset sekitar Shah Alam dapat menyertai kempen cukai taksiran berkenaan kerana hadiah ditawarkan menarik,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan hari ini.

Selain itu, majlis turut menjayakan beberapa siri program ‘Jom Isi Minyak Motosikal Percuma’, program makan percuma serta Jualan Ehsan Prihatin MBSA sempena ulang tahun berkenaan.

Shah Alam dinaik taraf sebagai bandar raya pada 10 Oktober 2000 dan menjadi bandar raya pertama di Selangor menerima pengisytiharan berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619