AGENDA

Belia pelarian dibimbing perjuang akses kepada pekerjaan, pendidikan

25 Jun 2025, 3:27 PM
Belia pelarian dibimbing perjuang akses kepada pekerjaan, pendidikan

Oleh Rafiqah Rauf

SHAH ALAM, 25 JUN: Sempena Hari Pelarian Sedunia, Refugee Action for Change (ReAct) menganjurkan Kem Advokasi dan Kepimpinan bagi memperkasa golongan belia pelarian di Malaysia.

Aktivis pelarian, Areej Khan berkata fokus utama kem adalah memperjuangkan akses pelarian kepada pekerjaan, pendidikan serta penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik.

“Saya bersyukur diberi kepercayaan oleh ReAct untuk mengetuai kem ini.

"Ia mengingatkan saya bahawa pelarian bukan sekadar bertahan hidup, kita juga membina masa depan, bermimpi dan memimpin,” katanya menerusi kenyataan.

Kem bertemakan 'Voices into Action: Action & Leadership Camp' berlangsung dari 13 hingga 15 Jun lalu dan menghimpunkan lebih 20 peserta dari Yaman, Somalia, Pakistan, Cameroon, Iran, Myanmar, Nigeria dan Liberia.

Sepanjang program, peserta dibimbing memperkukuh kemahiran advokasi melalui bengkel interaktif, antaranya sesi khas 'Turning Story to Strategy' yang dikendalikan aktivis hak asasi manusia, Debbie Stothard.

Sesi tersebut membantu peserta menstruktur pengalaman hidup mereka menjadi pelan tindakan advokasi yang tersusun.

Selain itu, peserta turut membentuk kumpulan bagi merangka kempen mini dan pelan tindakan masing-masing yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619