AGENDA

Mohd Khalid mulakan tugas rasmi sebagai ketua polis negara hari ini

23 Jun 2025, 6:02 PM
Mohd Khalid mulakan tugas rasmi sebagai ketua polis negara hari ini

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Polis Negara ke-15, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Mohd Khalid tiba di ibu pejabat pasukan keselamatan itu di Bukit Aman dengan menaiki kenderaan rasmi dan menerima penghormatan Guard Turn Out oleh Cawangan Kem Komandan sebagai tanda bermulanya era baharu kepimpinan tertinggi pasukan.

Menurut PDRM, ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Pengurusan Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Sri Muhammed Hasbullah Ali.

“Mohd Khalid kemudian diiringi ke tingkat 31 untuk menandatangani dokumen pelantikan sebagai simbolik permulaan tugas.

“Majlis turut diserikan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Azhan Abdul Halim,” menurut PDRM dalam hantaran di Facebook.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619