AGENDA

Polis: KPN bukan ahli politik, tegur kecuaian laporan media

22 Jun 2025, 5:26 PM
Polis: KPN bukan ahli politik, tegur kecuaian laporan media

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail tidak pernah menjadi ahli mahupun memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.

Setiausaha PDRM Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata pihaknya memandang serius kesalahan laporan yang diterbitkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini yang mengaitkan Mohd Khalid dengan sebuah parti politik.

“Kenyataan tersebut adalah tidak benar, mengelirukan dan mencetuskan persepsi yang salah sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti pasukan keselamatan negara.

“PDRM juga menegur keras kecuaian media berkenaan dalam menerbitkan maklumat yang tidak disemak secara teliti dan telah mencalarkan reputasi pasukan serta individu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata etika kewartawanan seharusnya menuntut setiap laporan yang dikeluarkan perlu mendapat pengesahan fakta, proses semakan silang dan memiliki integriti dalam penulisan.

Kamaruzaman turut menegaskan pasukan itu berdiri atas asas neutraliti, integriti dan profesionalisme justeru PDRM tidak akan membiarkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pasukan berkenaan.

“PDRM kekal komited melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan memelihara ketenteraman awam," katanya.

– BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619