AGENSI

Banjir Taman Bukit Kemuning surut, 61 mangsa masih di PPS

21 Jun 2025, 2:17 PM
Banjir Taman Bukit Kemuning surut, 61 mangsa masih di PPS

SHAH ALAM, 21 JUN: Seramai 61 mangsa daripada 12 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Aster, Seksyen 32 di sini susulan kejadian banjir di Taman Bukit Kemuning semalam.

Menurut Portal InfoBencana JKM, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding semalam yang merekodkan 298 mangsa, sejak PPS tersebut dibuka sekitar 4 petang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15 Shah Alam Ahmad Nazmi Halil berkata hasil pemantauan pihaknya mendapati keadaan di lokasi terjejas telah pulih sepenuhnya dan situasi semasa adalah terkawal.

“Berdasarkan pemantauan pegawai dan anggota di lokasi, cuaca dilaporkan baik dan limpahan air telah surut sepenuhnya, manakala paras air di parit serta longkang berada pada tahap normal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Bomba Zon Shah Alam Ahmad Zaidi Safuan dilaporkan berkata kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada kegagalan fungsi pam saliran utama yang mengeluarkan air dari kawasan perumahan berkenaan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619