ad
AGENSI

Insentif haji Selangor RM1,000 dibuka hingga 25 Julai, mohon di pejabat DUN

20 Jun 2025, 10:00 PM
Insentif haji Selangor RM1,000 dibuka hingga 25 Julai, mohon di pejabat DUN
Insentif haji Selangor RM1,000 dibuka hingga 25 Julai, mohon di pejabat DUN

SHAH ALAM, 20 JUN: Hampir 3,000 permohonan Insentif Haji Muassasah bernilai RM1,000 diluluskan setakat ini, maklum Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ahmad Azri Zainal Nor berkata permohonan insentif yang menyasarkan 6,000 jemaah menerusi peruntukan RM6 juta tahun ini, masih dibuka sehingga 25 Julai depan.

[caption id="attachment_697175" align="aligncenter" width="733"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas majlis penyerahan sumbangan komputer riba di Pejabat Penyelaras DUN Bukit Melawati pada 22 November 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Saya menyeru jemaah haji muassasah yang baru pulang untuk segera memohon. Mohon di pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau penyelaras DUN,” katanya kepada Media Selangor.

Pemohon perlu membawa:

  • salinan bercetak Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2025 dengan paparan KOD MUAS
  • salinan Suruhanjaya Pilihan Raya - pengesahan bakal jemaah adalah pengundi di Selangor

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata jemaah haji muassasah yang mengundi di Selangor boleh memohon insentif berkenaan di pusat khidmat DUN masing-masing.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari sejak 2022, seramai 12,000 jemaah muassasah dibantu membabitkan 3,000 jemaah masing-masing pada 2022 dan 2023, manakala 6,000 jemaah pada 2024.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.