AGENDA

Premis tumpuan warga asing digempur, 24 pendatang tanpa izin ditahan

19 Jun 2025, 9:08 AM
Premis tumpuan warga asing digempur, 24 pendatang tanpa izin ditahan

KUALA LUMPUR, 19 JUN: Sebanyak 11 premis yang menjadi tumpuan warga asing di Jalan Silang di sini dikenakan kompaun RM6,000 kerana melakukan pelbagai kesalahan ketika serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), malam tadi.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman berkata ia membabitkan kesalahan tidak mempamerkan tanda harga, menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan, serta kesalahan cap dagangan.

Beliau berkata dalam operasi 9 malam itu, KPDN turut merampas 125 jam tangan tiruan bernilai RM6,500 di sebuah premis menjual peralatan telekomunikasi di kawasan berkenaan yang dikendalikan warga asing.

“Operasi ini memberi tumpuan kepada premis perniagaan, runcit, dan restoran serta lambakan warga asing susulan aduan dan hasil risikan yang mendapati terdapat premis perniagaan diuruskan warga asing tidak mempamerkan tanda harga,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Mohd Sabri berkata anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang turut menyertai operasi menahan 24 pendatang tanpa izin melibatkan warga Bangladesh, Nepal, Indonesia, Pakistan, Myanmar, dan Sri Lanka.

Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula mengeluarkan 17 notis kompaun dan satu notis penutupan premis dalam operasi itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619