AGENDA

Maritim tahan bot bawa lebih penumpang di Tanjung Harapan

16 Jun 2025, 10:09 PM
Maritim tahan bot bawa lebih penumpang di Tanjung Harapan

SHAH ALAM, 16 JUN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di kedudukan 0.2 batu nautika selatan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata bot penumpang yang sarat dengan 40 individu itu ditahan pada 5.30 petang ketika dalam perjalanan dari jeti Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bot dinaiki 40 penumpang itu dikendalikan oleh seorang nakhoda dan kru warga tempatan berumur 23 dan 26 tahun.

"Kes disiasat di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, iaitu melanggar syarat sah lesen kerana membawa penumpang melebihi had," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Muhaimin berkata perbuatan mengabaikan syarat-syarat sah lesen seperti membawa penumpang melebihi kapasiti boleh mengundang risiko bahaya dan kehilangan nyawa pada bila-bila masa.

“Bot serta nakhoda dan kru terbabit dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619