AGENSI

Aneka Walk tarikan ikonik Seksyen 14, jangka rasmi November

16 Jun 2025, 10:00 PM
Aneka Walk tarikan ikonik Seksyen 14, jangka rasmi November
Aneka Walk tarikan ikonik Seksyen 14, jangka rasmi November

SHAH ALAM, 16 JUN: Pembangunan Aneka Walk yang berkonsep hab komuniti moden di Seksyen 14 mencapai kemajuan lebih 80 peratus dan ia akan dirasmikan November ini.

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata Aneka Walk menjadi laluan berbumbung yang menghubungkan kompleks utama membawa elemen hiburan, pesta kebudayaan, membeli-belah dan makanan.

“Pembinaan dalam fasa terakhir memasang kemudahan lampu dan ruang muzik yang akan siap sepenuhnya pada September. Aneka Walk akan dikendalikan KRU Entertainment.

“Ia akan menjadi satu tarikan ikonik menarik kedatangan orang ramai menikmati pengalaman hiburan digital, membeli-belah, menjamu selera dan berinteraksi secara inovatif sambil dikelilingi suasana hijau,” kata Datuk Mahmud Abbas.

[caption id="attachment_705921" align="aligncenter" width="1193"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS Dato' Mahmud Abbas (kanan) bersama Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim membuat pertukaran dokumen pada Majlis Menandatangani MoU antara PKNS dan MBSA di Galeri SA Sentral, Shah Alam pada 16 Jun 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis meterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKNS bersama Majlis Bandaraya Shah Alam untuk pembangunan SA Sentral di Galeri SA Sentral di sini, hari ini.

Mahmud menambah projek Aneka Walk juga akan membuka peluang perniagaan dan meningkatkan ekonomi kepada usahawan tempatan.

“Peniaga ini akan dibantu Biro Usahawan PKNS, jika perniagaan berhasil, mereka akan ditempatkan di Kompleks PKNS Shah Alam yang turut dinaik taraf untuk peluang niaga lebih besar.

“Di ruang luar kawasan Aneka Walk kebiasaannya bazar Ramadan yang akan diteruskan untuk tahun akan datang,” katanya.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619