ad
BERITA UTAMA

Aksi comel curi perhatian, pelbagai baka si bulus serlah keunikan (FOTO ESEI)

16 Jun 2025, 9:00 PM

Keunikan dan kecomelan si bulus yang menyertai program Royal Canin x MBPJ x KMU Cat Show 2025 pada 15 Jun lalu menarik perhatian ramai.

Suasana di pusat beli-belah IPC, Mutiara Damansara meriah dengan kepelbagaian dan keistimewaan si comel.

Bukan sekadar pertandingan, acara tahunan itu juga platform pertemuan antara komuniti peminat kucing, penggiat industri haiwan peliharaan, serta penjaga.

Pelbagai baka ditemui daripada Maine Coon kepada Sphynx yang eksotik – dipamer dan dinilai seterusnya menyerlahkan sisi istimewa setiap kucing.

Jurufoto FIKRI YUSOF merakam pelbagai detik menarik sepanjang acara berlangsung, dari wajah gembira pencinta kucing dan orang ramai yang teruja melihat aksi si comel.

[caption id="attachment_705874" align="aligncenter" width="1210"] Juri membuat penilaian kucing berdasarkan beberapa kriteria ketika program Royal Canin X MBPJ X KMU Cat Show 2025.[/caption]

[caption id="attachment_705875" align="aligncenter" width="1218"] Ah Woo (kiri) dan Kawan kucing jenis Ragdoll masing-masing berusia lima bulan turut menyertai pertandingan.[/caption]

[caption id="attachment_705876" align="aligncenter" width="1152"] Peserta Fatin Nur Amanina Munef menggayakan Miko, kucing peliharaannya baka Maine Coon Polydactyl berusia 11 bulan.[/caption]

[caption id="attachment_705877" align="aligncenter" width="1176"] Kucing berbelang seperti harimau dari baka Toyger, Rufi berusia satu tahun enam bulan turut menyertai pertandingan.[/caption]

[caption id="attachment_705878" align="aligncenter" width="1050"] Pengunjung melihat ketangkasan dan kelincahan kucing yang menyertai pertandingan.[/caption]

[caption id="attachment_705879" align="aligncenter" width="1233"] Mohd Badrul Hisham bersama salah seekor kucingnya, Foxie baka Benggal berusia tiga bulan setengah.[/caption]

[caption id="attachment_705873" align="aligncenter" width="812"] Orang ramai melihat pameran kucing ketika program Royal Canin X MBPJ X KMU Cat Show 2025 di pusat beli-belah IPC, Petaling Jaya pada 15 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_705881" align="aligncenter" width="1149"] Pengunjung memilih makanan kucing yang dijual ketika pertandingan.[/caption]

[caption id="attachment_705882" align="aligncenter" width="1102"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (dua, kiri) menyampaikan sijil penyertaan dan cek cura kepada pemenang kucing terbaik.[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.