AGENDA

Seorang lagi jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung

13 Jun 2025, 12:47 PM
Seorang lagi jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan 14 orang setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Allahyarham Eshah Che', 74, yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan meninggal dunia di Hospital King Abdullah, Makkah pada 5.10 petang semalam waktu Arab Saudi akibat serangan jantung.

Beliau berkata kematian jemaah wanita itu disahkan oleh petugas kesihatan Tabung Haji (TH) Dr Ahmad Nizam Ismail @ Mustafa.

“Doa kita agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan roh orang yang beriman dan dikurniakan ganjaran haji mabrur oleh Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga jemaah haji Malaysia yang telah meninggal dunia di Tanah Suci.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619