AGENDA

Buat hantaran jelik babit mangsa nahas UPSI, pengetua disiasat polis

13 Jun 2025, 7:30 AM
Buat hantaran jelik babit mangsa nahas UPSI, pengetua disiasat polis

IPOH, 13 JUN: Polis telah membuka kertas siasatan susulan tindakan seorang guru yang dipercayai membuat hantaran jelik di media sosial berhubung kemalangan maut membabitkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata siasatan dibuat berdasarkan satu laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 4.40 petang semalam.

"Satu akaun Facebook bernama Khalid Yunus telah didapati membuat hantaran jelik mengenai penuntut UPSI yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah diarahkan menyediakan laporan lengkap berhubung tindakan guru terbabit yang dipercayai berkhidmat di sebuah sekolah menengah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata pengetua sekolah berkenaan telah diminta menyedia dan mengemukakan laporan tersebut kepada pihak JPN selaras dengan surat pekeliling Kementerian Pendidikan (KPM) berkaitan pengurusan isu membabitkan warga pendidik.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619