AGENDA

Seleweng dana NGO: SPRM tahan empat individu, beku akaun RM5 juta

12 Jun 2025, 7:10 PM
Seleweng dana NGO: SPRM tahan empat individu, beku akaun RM5 juta

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk tiga ahli jawatankuasa sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik NGO di tempat mereka bekerja.

Menurut sumber, suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan antara 4 petang hingga 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM, Melaka.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2015 hingga 2025. Mereka telah bersubahat bersama pengerusi NGO tersebut yang menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana bagi kepentingan peribadi,” katanya.

Susulan penahanan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah RM900,000, barang kemas, sembilan lot tanah di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor dan empat unit rumah di Melaka selain membekukan 14 akaun terdiri daripada lapan akaun individu dan enam akaun syarikat berjumlah kira-kira RM5 juta.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin membenarkan kesemua suspek direman tujuh hari hingga Selasa depan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Melaka pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

– BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619