AGENDA

2,120 botol sabun pencuci pakaian disyaki tiruan dirampas

11 Jun 2025, 10:57 PM
2,120 botol sabun pencuci pakaian disyaki tiruan dirampas

RAWANG, 11 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 2,120 botol sabun pencuci pakaian disyaki tiruan dalam satu serbuan di sebuah premis kilang, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor Mohd Hanizam Kechek berkata serbuan kira-kira pukul 2 petang itu ialah hasil risikan selama dua minggu terhadap aktiviti premis berkenaan yang dipercayai menjadi pusat penyimpanan barangan tiruan.

"Hasil pemeriksaan mendapati sabun pencuci itu menggunakan label jenama terkenal tanpa kebenaran dan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM29,680," katanya selepas operasi berkenaan.

Mohd Hanizam berkata produk berkenaan dipercayai disasarkan untuk pasaran di sekitar Lembah Klang dan dijual pada harga lebih rendah berbanding produk asli manakala premis kilang terbabit dipercayai sudah beroperasi selama lapan bulan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 102(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan semua barangan rampasan akan dibawa ke stor KPDN untuk siasatan lanjut.

"Pemilik premis akan dipanggil bagi membantu siasatan. Pihak pemilik jenama asal juga akan bekerjasama dengan KPDN," katanya.

Tinjauan di lokasi serbuan mendapati botol sabun berkapasiti 3.6 kilogram itu setiap satu telah siap dibungkus di dalam kotak dan sedia untuk diedarkan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619