AGENDA

Panik diugut penyamar polis buat tuntutan insurans palsu, pesara rugi RM193,000

10 Jun 2025, 10:47 PM
Panik diugut penyamar polis buat tuntutan insurans palsu, pesara rugi RM193,000

CHUKAI, 10 JUN: Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM193,000 apabila menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata ia bermula pada pada 25 Mei lepas apabila wanita berumur 63 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mengaku ejen insurans, dan mendakwa kononnya warga emas tersebut telah membuat tuntutan insurans palsu.

Beliau berkata suspek kemudiannya bertindak menyambungkan panggilan itu kepada seorang lagi suspek yang mengaku sebagai anggota polis.

"Suspek meminta warga emas itu menyerahkan maklumat kad bank serta kata laluan keselamatan akaun bank simpanan untuk tujuan pemeriksaan, dan wang panik itu terus mengikuti arahan suspek kerana bimbang dipenjarakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razi berkata pada 8 Jun lepas wanita itu terkejut apabila mendapati wang simpanannya telah berkurang sebanyak RM193,000, dan selepas diperiksa dia mendapati terdapat 20 transaksi pindahan wang ke empat akaun berbeza yang tidak dikenali mulai 29 Mei hingga 8 Jun lepas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619