ad
AGENDA

Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 tengah malam

10 Jun 2025, 7:51 PM
Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 tengah malam
Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 tengah malam

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi stesen Bukit Jalil sehingga jam 12.30 tengah malam ini.

Lanjutan perkhidmatan tersebut sempena perlawanan kelayakan Piala Asia AFC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, maklum Rapid Rail menerusi kenyataan.

"Bagi melancarkan perjalanan penyokong, waktu operasi stesen-stesen integrasi juga akan turut dilanjutkan. Stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa namun penumpang masih boleh keluar di semua stesen untuk meneruskan perjalanan pulang mereka.

"Para penyokong disaran untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen. Bagi yang menggunakan token, disarankan agar membeli token pergi dan balik lebih awal, sebelum meninggalkan stesen," katanya.

Rapid Rail juga menempatkan kakitangan tambahan di lokasi strategik bagi membantu pergerakan penyokong serta memastikan aliran trafik di dalam stesen berjalan lancar.

"Penyokong yang memerlukan bantuan digalakkan berjumpa petugas stesen. Penyokong disarankan untuk mengikuti media sosial Rapid KL dan memuat turun aplikasi PULSE Rapid KL bagi merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.