AGENSI

LZS daftar ibu tunggal sebagai asnaf, bantu keluar dari hidup gelap

10 Jun 2025, 4:50 PM
LZS daftar ibu tunggal sebagai asnaf, bantu keluar dari hidup gelap

SHAH ALAM, 10 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus komited membantu golongan memerlukan apabila tampil menyantuni seorang ibu tunggal yang diuji dengan pelbagai kesulitan hidup selepas dihalau dari rumah keluarga.

Agensi itu di Facebook berkata, individu dikenali sebagai Nur sebelum ini tinggal bersama anak perempuannya di rumah ayahnya selama 11 tahun, namun akibat perselisihan keluarga, mereka diminta keluar tanpa sebarang peluang kedua.

"Hanya bergantung kepada pendapatan sekitar RM800 sebulan sebagai pemandu Grab serta kerja persendirian, Puan Nur terpaksa menyewa kereta seminggu sekali untuk mencari rezeki.

"Sebahagian besar pendapatannya digunakan untuk sewaan dan minyak, menyebabkan beliau terpaksa tidur dalam kereta, manakala anaknya menumpang di rumah rakan," menurut LZS.

Menyedari keadaan ini, pasukan Operasi Agihan Daerah Petaling LZS bertindak segera dengan mendaftarkan Nur sebagai asnaf fakir, membolehkan beliau menerima pelbagai bentuk bantuan.

LZS juga telah menyalurkan bantuan kecemasan tunai serta sedang menguruskan bantuan kewangan bulanan dan sewa rumah, bagi meringankan beban serta membolehkan Nur dan anaknya memulakan hidup baharu.

Walaupun diuji dengan pelbagai penyakit seperti Sleep Apnea, asma, masalah jantung dan autoimun, semangat Nur kekal utuh. Beliau tidak mengharap simpati, sebaliknya hanya mahu peluang untuk bangkit semula.

Orang ramai yang ingin bersama membantu asnaf seperti Puan Nur boleh salurkan sumbangan melalui fpx.zakatselangor.com.my

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619