AGENDA

Nancy: Bantuan segera RM1,000 buat 10 pelajar UPSI di ICU

10 Jun 2025, 12:51 PM
Nancy: Bantuan segera RM1,000 buat 10 pelajar UPSI di ICU

PUTRAJAYA, 10 JUN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyampaikan bantuan segera RM1,000 tiap seorang kepada 10 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Perak, susulan kemalangan ngeri di Gerik semalam.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia merupakan sumbangan melalui Yayasan Kebajikan Negara di bawah "Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa" (PEKA YKN).

“Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Taiping, dan dua di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,” katanya kepada media ketika ditemui semasa merasmikan Seminar Wanita 2025 “EmpowerHER: Engage Energise Elevate", hari ini.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga akan meninjau bentuk bantuan dan sokongan yang dapat diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut dalam pelbagai aspek, termasuk menyediakan kaunselor bertauliah bagi membantu mereka dari segi psikologi.

Dalam kejadian awal pagi semalam 15 penuntut UPSI maut dan 33 orang tercedera apabila sebuah terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas yang disewa khas oleh pelajar universiti berkenaan berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619