AGENDA

Nahas pelajar UPSI: Polis tubuh pasukan khas percepat siasatan, dakwa pemandu

9 Jun 2025, 3:59 PM
Nahas pelajar UPSI: Polis tubuh pasukan khas percepat siasatan, dakwa pemandu

GERIK, 9 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan membabitkan bas sewa khas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata PDRM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan akan menyiasat nahas itu secara menyeluruh

"Kita akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk kita mendakwa pemandu (bas) tersebut di mahkamah.

"Kita akan menyiasat dalam pelbagai sudut dari segi rekod (kesalahan), latar belakang, kegiatan dan kerjaya dia sebelum ini, kita akan siasat semuanya," katanya kepada pemberita di Unit Kecemasan Hospital Gerik hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata 15 pelajar UPSI maut dalam itu yang membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB Banun berhampiran Tasik Banding di sini.

Beliau berkata bas itu membawa 42 pelajar terdiri daripada lapan lelaki dan 32 perempuan berusia lingkungan 21 hingga 23 tahun yang berasal dari Pantai Timur.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619