AGENDA

Tawaf selamat tinggal lancar, tenang tanda perpisahan awal jemaah haji

9 Jun 2025, 7:27 AM
Tawaf selamat tinggal lancar, tenang tanda perpisahan awal jemaah haji

MINA, 9 JUN: Jemaah haji yang memilih untuk berangkat awal menunaikan Tawaf Selamat Tinggal pada Ahad dalam keadaan aliran jemaah yang sangat ramai di Masjidil Haram.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), Masjidil Haram mencatatkan kadar operasi melebihi 107,000 jemaah sejam hasil kesiapsiagaan tinggi dan usaha bersepadu oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berdasarkan pelan operasi haji menyeluruh tahun ini.

Pihak berkuasa berkaitan telah menggerakkan sepenuhnya segala keupayaan mereka bagi memudahkan pergerakan jemaah berlepas awal, sekali gus memastikan kelancaran pergerakan di dalam Masjidil Haram.

Perkhidmatan sokongan yang disediakan termasuk 400 kereta elektrik, lebih 10,000 kerusi roda dan 210 pintu gerbang pintar untuk mengawal keluar masuk jemaah.

Usaha ini mencerminkan pelaksanaan arahan kepimpinan Arab Saudi untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada jemaah serta memudahkan pelaksanaan ibadah mereka dalam suasana yang selamat, selesa dan tenang.

-BERNAMA-SPA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619