AGENDA

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama malam ini

8 Jun 2025, 9:45 PM
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama malam ini

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mulai perlahan setakat 8 malam ini, susulan pergerakan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Aidiladha.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik dari arah utara ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan perlahan di beberapa lokasi termasuk Alor Setar Selatan ke Sungai Petani, Bandar Cassia ke Taiping dan Sungai Perak ke Ipoh.

Turut dilaporkan perlahan dari Gopeng ke Sungkai dan Behrang menuju ke Rawang.

"Aliran trafik dari arah selatan di PLUS pula dilaporkan perlahan dari Pagoh ke Ayer Keroh dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ke Nilai," katanya kepada Bernama malam ini.

Bagi aliran trafik dari arah timur ke Lembah Klang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dilaporkan perlahan di Lanchang ke Plaza Tol Karak, Karak ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau saluran WhatsApp LLM Info Trafik serta laman X @llmtrafik.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619