BUDAYA

Nyanyian Luka dan Serpihan-Serpihannya

7 Jun 2025, 8:30 AM
Nyanyian Luka dan Serpihan-Serpihannya

(kepada bisu yang tak tahu mengungkap bahasa duka)

Tidakkah kauingin mengenali

nyanyian luka dan serpihan-serpihannya

pada malam yang menyimpan sunyi

dan rahasia berbilang pergi

aku bukan peguam menang bicara

bukan Gibran yang kaubaca untuk teman teristimewa di selisih kota

aku Dharmawijaya lelah rela

Amir Hamzah yang melagukan

ingin dalam paling indah

—pada waktumu jua

meski diri pengagum berbudi

di kalbu rayu aku peragu sepi

menunggu lara malam berlalu,

sebelum langit melentur menjadi pagi,

dan terbit rindu di ufuk matamu

memang aku ‘kan sentiasa tiba

dan kau ‘kan selalu melirik

tetapi begitulah,

wajah kita tidak pernah sedepa

atau begitukah kau menikmatiku

hanya dari sejarak luka

mungkin kita terabadi

sebagai sebuah peristiwa

tetap jua kauhidup,

setia menjadi

bunga unggul di dada

tidakkah kauingin bernyanyi bersama

antara aku, luka, dan serpihannya

sesudah langit terbebat

sesudah lagi tiada.

 

Muhaimin Subki

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619