AGENDA

Polis tahan ibu, bapa saudara budak jatuh dari tingkat 30

6 Jun 2025, 9:16 PM
Polis tahan ibu, bapa saudara budak jatuh dari tingkat 30

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Polis menahan ibu dan bapa saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata kedua-dua mereka yang merupakan warga Indonesia berusia 25 dan 27 tahun, direman hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata semakan mendapati bapa kanak-kanak terbabit adalah warga tempatan dan berkahwin dengan ibu mangsa yang merupakan warga Indonesia.

“Hasil bedah siasatan yang dilakukan, kanak-kanak terbabit maut selepas mengalami pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menerima panggilan kecemasan pada 11.17 pagi berhubung seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619