OLEH UFAIRAH TARMIDZI
SHAH ALAM, 6 JUN: Selangor FC (SFC) melakar sejarah apabila dua pemainnya, Noor Al-Rawabdeh dan Mohammad Abualnadi terpilih sebagai wakil bintang Liga Super untuk bermain di Amerika Syarikat (AS) tahun depan.
Kelincahan mereka ketika berada di atas padang menjadikan Noor Al-Rawabdeh dan Mohammad Abualnadi menjadi tonggak penting buat Jordan apabila pasukan itu berjaya ke Piala Dunia 2026.
Noor Al-Rawabdeh terkenal dengan ketangkasannya dalam mengawal bahagian tengah padang antara yang dinantikan buat Gergasi Merah manakala Abualnadi pula telah membuat 12 penampilan bersama naib juara Piala FA 2024 itu.
Memetik laporan Stadium Astro, pasukan di bawah kendalian Jamal Sellami itu menduduki tempat kedua di belakang Korea Selatan saingan Kumpulan B pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Oman semalam.
Kejayaan tersebut sekali gus meletakkan Uzbekistan, Jordan dan Korea Selatan sebagai pasukan kelapan, kesembilan dan ke-10 mengesahkan tempat yang diperluaskan kepada 48 pasukan dengan perlawanan tersebut bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico.