AGENDA

Amang seksual remaja: Keterangan selebriti selesai dirakam

6 Jun 2025, 2:35 PM
Amang seksual remaja: Keterangan selebriti selesai dirakam

SHAH ALAM, 6 JUN: Polis Selangor selesai merakam keterangan seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan mendapati perlakuan itu adalah yang pertama kali dilakukan suspek terhadap mangsa yang dikenali beberapa bulan lepas.

“Suspek dan mangsa yang juga pelajar telah berkenalan sejak satu atau dua bulan lepas. Mereka pernah berhubung dan ini kali pertama suspek bawa mangsa ke hotel.

"Ini juga kali pertama suspek melakukan amang seksual,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hussein berkata suspek telah ditahan dan dirakam keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata kertas siasatan hampir lengkap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Selasa lepas, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619