AGENDA

Tujuh negeri diramal hujan lebat pada raya pertama Aidiladha esok

6 Jun 2025, 10:40 AM
Tujuh negeri diramal hujan lebat pada raya pertama Aidiladha esok
Tujuh negeri diramal hujan lebat pada raya pertama Aidiladha esok
Tujuh negeri diramal hujan lebat pada raya pertama Aidiladha esok

SHAH ALAM, 6 JUN: Orang ramai disaran sentiasa berwaspada susulan ramalan hujan di kebanyakan negeri pada Hari Raya Aidiladha 7 dan 8 Jun ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan dan ribut petir dijangka berlaku pada waktu pagi di Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sabah, esok.

Agensi itu di Facebook juga memaklumkan, cuaca cerah diramal pada sebelah petang di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Pada hari 8 Jun pula, cuaca diramal cerah di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Labuan dan Sarawak.

Pada sebelah petang hari sama, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak diramal alami hujan.

MetMalaysia turut mengingatkan agar masyarakat kekal hidrat dan menggunakan air secara berhemat, khususnya ketika melaksanakan ibadah korban yang memerlukan penggunaan air dalam jumlah besar.

Ramalan cuaca khas itu dikeluarkan bagi membantu orang ramai membuat persiapan awal sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my,  untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619