AGENDA

Konvoi bantuan UAE masuk Gaza bawa lebih 1,000 tan makanan

5 Jun 2025, 11:02 PM
Konvoi bantuan UAE masuk Gaza bawa lebih 1,000 tan makanan

GAZA, 5 JUN: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan kemasukan konvoi bantuan kemanusiaan terbaru ke Semenanjung Gaza di bawah Operasi Chivalrous Knight 3, sebagai kesinambungan usaha menyokong rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), konvoi tersebut membawa 1,039 tan bekalan makanan dan tepung dengan sasaran untuk membantu kira-kira 1.3 juta penerima manfaat.

Penghantaran ini adalah sebahagian daripada sokongan berterusan UAE kepada penduduk Gaza yang berdepan keadaan kemanusiaan yang amat kritikal berikutan kekurangan barangan keperluan asas. Operasi Chivalrous Knight 3 memastikan bantuan disalurkan secara meluas dan berterusan melalui semua saluran yang tersedia.

Meskipun berdepan cabaran kemanusiaan, UAE terus menyalurkan bantuan makanan di dalam Gaza. Menerusi operasi ini, UAE turut menyokong 31 bakeri bagi memastikan bekalan roti dan makanan asas kepada keluarga pelarian dapat diteruskan.

Operasi Chivalrous Knight 3 sekali lagi menegaskan bahawa penghantaran berterusan bantuan UAE ke Gaza, walaupun dalam keadaan amat mencabar, mencerminkan komitmen teguh dan konsisten UAE dalam menyokong rakyat Palestin.

-- BERNAMA-WAM

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619