AGENDA

Serangan berterusan Israel bunuh lebih 54,00 rakyat Palestin sejak 2023

4 Jun 2025, 9:29 AM
Serangan berterusan Israel bunuh lebih 54,00 rakyat Palestin sejak 2023

ANKARA, 4 JUN: Sekurang-kurangnya 54,510 rakyat Palestin terbunuh dalam perang genosid yang dilancarkan Israel sejak Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa 40 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas manakala 208 orang lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera kepada 124,901 orang akibat serangan berterusan Israel.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka,” menurut kenyataan itu.

Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac dan sejak itu telah membunuh 4,240 orang serta mencederakan hampir 12,860 yang lain, sekali gus memusnahkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.

Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perangnya di di wilayah berkenaan.

-BERNAMA-ANADOLU

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619