AGENDA

WHO dedah 1.6 juta jatuh sakit setiap hari akibat makanan tidak selamat

4 Jun 2025, 8:35 AM
WHO dedah 1.6 juta jatuh sakit setiap hari akibat makanan tidak selamat

GENEVA, 4 JUN: Seramai 1.6 juta orang di seluruh dunia jatuh sakit pada setiap hari akibat makanan yang tidak selamat, menurut amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sambil menggesa usaha global dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan makanan melalui dasar dan amalan berasaskan sains, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Keselamatan makanan adalah tanggungjawab global,” kata saintis di Jabatan Pemakanan dan Keselamatan Makanan WHO Simone Moraes Raszl, semasa taklimat media Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva menjelang Hari Keselamatan Makanan Sedunia Sabtu ini.

“Penyakit ini boleh dicegah dan sains untuk mencegahnya sudah wujud. Apa yang kita perlukan ialah tindakan – tindakan yang diselaraskan, berasaskan bukti dan inklusif,” katanya.

Raszl menegaskan bahawa tanggungjawab terhadap keselamatan makanan terletak pada semua sektor dalam masyarakat.

Pembuat dasar perlu melabur dalam peraturan berasaskan sains dan sistem data yang kukuh; perniagaan makanan perlu mengamalkan prosedur keselamatan yang ketat dan mengutamakan ketelusan; institusi akademik harus terus berinovasi dan mendidik manakala pengguna pula perlu sentiasa peka dan mengamalkan pengendalian makanan secara selamat di rumah.

“Setiap daripada kita adalah pengurus risiko. Kerana jika ia tidak selamat, ia bukan makanan,” katanya.

-BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619