AGENDA

Tentera Israel bunuh 24 rakyat Palestin sedang tunggu bantuan di Rafah

3 Jun 2025, 7:00 PM
Tentera Israel bunuh 24 rakyat Palestin sedang tunggu bantuan di Rafah

ANKARA, 3 JUN: Sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan tentera Israel awal pagi Selasa yang menyasarkan orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di sebuah tapak agihan bantuan yang ditetapkan oleh Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan berkata kematian berlaku di kawasan "Al-Alam" di Rafah, tempat penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berkumpul untuk menerima bantuan, sambil memaklumkan bahawa angka korban itu adalah awal kerana ramai yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Kejadian itu merupakan insiden maut terbaru membabitkan tentera Israel yang menyasarkan rakyat Palestin ketika mereka cuba mendapatkan bantuan melalui mekanisme agihan bantuan yang diperkenalkan oleh Israel dan berkuat kuasa pada 27 Mei.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619