AGENDA

Pemimpin Islam global puji Arab Saudi jaga keselesaan jemaah haji

3 Jun 2025, 7:58 AM
Pemimpin Islam global puji Arab Saudi jaga keselesaan jemaah haji

MAKKAH, 3 JUN: Pemimpin Islam dari seluruh dunia memuji usaha kepimpinan Arab Saudi yang berdedikasi dalam memastikan kesejahteraan jemaah haji menerusi Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Program itu yang diselia oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menyediakan penjagaan dan layanan menyeluruh kepada jemaah dari pelbagai benua, mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan ibadah dilaksanakan dengan lancar.

Di Lisbon, Portugal, Pengarah Persatuan Islam, Dr Muhammad Iqbal memuji komitmen kerajaan Arab Saudi dalam memberi khidmat kepada jemaah, sambil menyatakan bahawa perkhidmatan luar biasa dan perhatian yang diberikan menunjukkan dedikasi yang tidak berbelah bahagi terhadap ajaran Islam dan Dua Masjid Suci.

Pengarah Pusat Islam Uruguay, Ali Ahmed Mannan pula memuji Arab Saudi kerana memupuk hubungan agama dan budaya dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia menerusi layanan mesra serta penyusunan program yang teliti.

Di Nepal, Ketua Kesatuan Persatuan Pusat Ahl-e-Hadith, Mohammed Abdul Azeem menekankan inisiatif pendidikan Arab Saudi yang menawarkan program kesedaran dan pengajaran dalam pelbagai bahasa bagi membantu jemaah menunaikan ibadah dengan yakin.

-BERNAMA-SPA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619