AGENDA

Skuasy: Sivasangari mara pusingan ketiga Terbuka British

2 Jun 2025, 9:35 PM
Skuasy: Sivasangari mara pusingan ketiga Terbuka British

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari melangkah ke pusingan ketiga kejohanan Terbuka British 2025 di Birmingham hari ini.

Dalam aksi pusingan kedua di Birmingham Repertory Theatre pemain ranking kelapan dunia itu memerlukan 45 minit untuk mencatat kemenangan 12-10, 9-11, 11-8, 11-7 ke atas wakil India Ahanat Singh.

Menanti Sivasangari di pusingan ketiga, pemain pilihan ketujuh kejohanan dari Jepun Satomi Watanabe yang turut mara selepas menewaskan pemain Perancis Melissa Alves 11-8, 11-5, 11-1.

Terdahulu, Sivasangari bergelar satu-satunya wakil wanita Malaysia yang masih meneruskan cabaran dalam kejohanan tersebut selepas Aira Azman, Noor Ainaa Amani Ampandi tersingkir awal.

Jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow juga kalah kepada lawan bukan pilihan pada pusingan kedua awal pagi tadi.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619