AGENDA

UK haramkan vape pakai buang, bendung gunaan dalam kalangan remaja

2 Jun 2025, 7:43 AM
UK haramkan vape pakai buang, bendung gunaan dalam kalangan remaja

ATHENS, 2 JUN: Kerajaan United Kingdom (UK) menguatkuasakan larangan di seluruh negara terhadap vape atau rokok elektronik pakai buang bermula 1 Jun 2025, sebagai langkah membendung penggunaan peranti itu dalam kalangan remaja dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, lapor Anadolu Ajansi.

“Langkah tegas baharu ini mengharamkan penjualan vape pakai buang di kedai runcit dan pasar raya sekali gus menamatkan peningkatan penggunaannya yang membimbangkan di kawasan sekolah serta lambakan sampah di jalan-jalan negara ini,” menurut kerajaan dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, larangan berkenaan bertujuan untuk membendung lambakan sampah di jalan-jalan negara dan melindungi golongan muda daripada ketagihan nikotin.

Peniaga yang mengabaikan peraturan boleh dikenakan denda £200 (US$270) bagi kesalahan pertama dan semua produk akan dirampas. Kesalahan berulang boleh dikenakan denda tanpa had atau hukuman penjara.

-BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619