AGENSI

IBDE terjemah lebih 100 karya agung, perkaya khazanah bacaan bahasa Melayu

1 Jun 2025, 10:12 PM
IBDE terjemah lebih 100 karya agung, perkaya khazanah bacaan bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) telah menterjemah lebih 100 karya agung untuk memperkukuh bahasa Melayu sebagai perantara ilmu dan peradaban.

Pengarah Eksekutinya Farhan Affandi berkata usaha memperkaya khazanah bacaan bahasa Melayu dipergiat dengan menterjemah karya Imam al-Ghazali, Ihya Ulumuddin yang dipecahkan kepada 20 jilid.

“Setakat ini, lebih 100 judul buku IBDE terbitkan dalam pelbagai tema antaranya sejarah, falsafah, agama, politik, biografi dan sastera.

“Naskhah Muhammad: Riwayat Hidup Berasaskan Sumber Terawal antara terjemahan yang paling banyak terjual lebih 120,000 naskhah. Insya-Allah ketika ini IBDE giat terjemah karya Ihya Ulumuddin,” katanya.

Beliau berucap pada pelancaran buku 'Dunia Kini Milik China?' karya Kishore Mahbubani yang dirasmikan Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025.

Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, turut dilancar projek terjemahan siri ASEAN yang merupakan cetusan idea Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Malaysia selaku pengerusi ASEAN.

Sementara itu, Johan dalam ucapannya memaklumkan usaha IBDE menterjemah karya-karya tersebut wajar dihargai kerana ia bukan perkara yang mudah.

“Contohnya buku karya Kishore Mahbubani penulis dari Singapura, naskhah tersebut berkaitan persaingan geopolitik antara China dan Amerika Syarikat.

“Biarpun susah, IBDE komited dalam menterjemah setiap karya dan kita sangat hargainya. Teruskan usaha dan jangan terhenti pada 100 sahaja tetapi tingkatkan sehingga 1,000 karya,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619