SHAH ALAM, 1 JUN: Daerah Sepang terus menyerlah sebagai destinasi pelancongan utama dengan pelbagai tarikan yang menawarkan pengalaman unik untuk semua lapisan masyarakat.
Terletak di selatan negeri, Sepang menggabungkan keindahan alam, elemen moden, serta warisan budaya yang menjadikannya antara kawasan paling lengkap untuk dilawati sempena kempen pelancongan negeri.
Selain terkenal dengan tempat singgah sebelum penerbangan ia adalah destinasi pelancongan lengkap yang menampilkan pantai, aktiviti lasak, lokasi mesra alam dan tarikan mesra keluarga.
Berikut ialah 12 lokasi wajib singgah di Sepang yang disenaraikan laman web Selangor Travel:
1. Avani Sepang Goldcoast Resort
Resort atas air berbentuk pokok palma ini menjadi pilihan utama pelancong yang mencari ketenangan dan pemandangan laut yang indah.
2. Ladang Buah Naga HL Sepang
Aktiviti agropelancongan yang semakin popular, pengunjung berpeluang menikmati buah naga segar serta mengetahui lebih lanjut proses penanamannya.
[caption id="attachment_493309" align="aligncenter" width="661"] Pemilik ladang buah naga, Sam Chia meluangkan masa bersama isteri, Lydia Goh dan anaknya, Eugene Chia bersiar-siar di ladang buah naga miliknya di Sepang baru-baru ini. Foto BERNAMA[/caption]
3. Tamarind Square, Cyberjaya
Tarikan bergambar yang menggabungkan seni bina industri dan kehijauan ini amat digemari golongan muda serta pencinta seni.
4. Taman Tasik Cyberjaya
Taman tasik ini menawarkan trek joging, aktiviti rekreasi air dan kawasan riadah keluarga yang luas dan selesa.
5. Masjid Raja Haji Fisabilillah
Masjid pintar pertama di Malaysia ini menjadi ikon pelancongan berasaskan seni bina moden dan teknologi hijau.
6. Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Lokasi yang wajib dikunjungi penggemar sukan permotoran, termasuk F1 dan MotoGP, dengan pengalaman lawatan khas dan pemanduan trek.
[caption id="attachment_468016" align="aligncenter" width="715"] Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Petronas SIC). Foto Facebook Sepang Circuit[/caption]
7. Pantai Bagan Lalang
Pantai mesra keluarga dengan deretan restoran makanan laut serta lokasi sesuai untuk aktiviti berkelah, memancing dan berkhemah.
8. Farm In The City
Taman interaktif berkonsep petting zoo ini sesuai untuk pembelajaran dan hiburan anak-anak melalui interaksi dengan haiwan jinak.
9. IOI City Mall
Pusat beli-belah yang menempatkan jenama terkenal, taman permainan dalam bangunan dan kemudahan hiburan seisi keluarga.
10. Maeps Serdang
Pusat pameran pertanian terbesar di negara ini sering menjadi lokasi penganjuran ekspo, karnival dan aktiviti pendidikan pertanian.
11. Farm Fresh @ UPM
Destinasi agro-edukasi yang semakin popular, pelawat boleh menyertai lawatan ladang dan menyaksikan proses penternakan moden.
[caption id="attachment_673163" align="aligncenter" width="724"] Pekerja ladang Farm Fresh memberi penerangan kepada pengamal media ketika lawatan Tourism Selangor bersama pengamal media di Ladang Farm Fresh, Serdang pada 14 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
12. Mitsui Outlet Park KLIA
Lokasi strategik berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menawarkan pelbagai barangan berjenama pada harga istimewa.
Sempena Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025, Tourism Selangor optimis kempen TMS 2025 mampu mencapai sasaran kedatangan lapan juta pelancong.
TMS 2025 merupakan inisiatif utama Kerajaan Negeri bagi menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan unggul di negara ini.
[caption id="attachment_628648" align="aligncenter" width="726"] Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad (tengah) bergambar bersama pengamal media ketika lawatan di Ladang Farm Fresh, Serdang pada 14 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]