AGENDA

Kastam serbu rumah, rampas rokok seludup dianggar nilai RM1.48 juta

1 Jun 2025, 3:43 PM
Kastam serbu rumah, rampas rokok seludup dianggar nilai RM1.48 juta

KOTA BHARU, 1 JUN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lebih 1.72 juta batang rokok seludup pelbagai jenis dianggar bernilai RM1.48 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Babong, di sini, bulan lepas.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata serbuan pada 10.30 pagi, 7 Mei itu menemukan sebahagian rokok berkenaan di dalam rumah dan bakinya di dalam but sebuah kereta.

“Berdasarkan siasatan, premis itu disewa untuk dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup manakala kenderaan berkenaan digunakan bagi mengedar rokok terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619