ad
AGENDA

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut ulang tahun TUDM ke-67

1 Jun 2025, 11:08 AM
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut ulang tahun TUDM ke-67

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofea menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-67 kepada seluruh warga dan veteran TUDM.

Sultan Ibrahim sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

“Semoga TUDM terus maju, unggul dan disegani serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam menjalankan amanah demi tanah air tercinta.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Ulang tahun ke-67 TUDM membawa tema 'Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara'.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.