AGENDA

Tentera Israel rempuh bas bawa jemaah haji Palestin

1 Jun 2025, 9:29 AM
Tentera Israel rempuh bas bawa jemaah haji Palestin

JENIN (Tebing Barat, Palestin), 1 JUN: Sebuah kenderaan tentera Israel merempuh sebuah bas yang membawa jemaah haji di Bandar Jenin, utara Tebing Barat semalam menyebabkan panik dalam kalangan penumpang, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) berdasarkan sumber tempatan.

Kejadian berlaku berhampiran Dataran Pentadbiran Jenin ketika bas berkenaan sedang bersiap untuk bertolak ke Bandar Jericho.

Jemaah haji terbabit dijadualkan menyeberangi sempadan Jambatan Karama dari sana ke Jordan sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji.

Menurut saksi dan pegawai tempatan, pelanggaran itu dipercayai disengajakan. Timbalan Gabenor Jenin, Mansour Al-Saadi mengesahkan bahawa kenderaan tentera Israel merempuh secara langsung bas yang diletakkan di luar kawasan Kompleks Pentadbiran Jenin.

Bas itu membawa jemaah warga emas, kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarga syuhada dan rakyat Palestin yang cedera.

Beberapa penumpang turut dilaporkan menghidap penyakit kronik. Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, bas mengalami kerosakan dan insiden itu menyebabkan tekanan emosi yang besar dalam kalangan jemaah.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619