EXCO

Pameran seni pupuk keharmonian, naikkan martabat negara

31 Mei 2025, 4:13 PM
Pameran seni pupuk keharmonian, naikkan martabat negara

SHAH ALAM, 31 MEI: Kepelbagaian acara seni yang dianjur di Galeri Shah Alam sejak lebih 30 tahun bukan hanya memartabatkan seni negara sebaliknya menjadi simbol keharmonian masyarakat.

EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata penganjuran program terutama melibatkan pameran seni itu juga mampu menyatupadukan bakat seni kreatif segenap lapisan masyarakat.

“Seni bukan sekadar keindahan di mata kasar sahaja tetapi merupakan cerminan pemikiran imaginasi, eksperimentasi, futuristik bahkan mempunyai nilai artistik tinggi.

“Seni adalah jambatan yang menghubungkan kita dengan warisan budaya, mencetuskan dialog bermakna serta menyemai empati dari setiap komuniti,” katanya.

Ucapan beliau dibacakan ahli lembaga pengarah Galeri Shah Alam Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa yang mewakilinya merasmikan Pameran Senadi Senafas 2025.

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata pameran menampilkan karya tokoh seni tersohor, Profesor Madya Dr Hasnul Jamal Saidon dan Raja Shahriman Aziddin dapat menyemarakkan semangat pemain industri untuk menghasilkan karya lebih inklusif dan dinamik.

“Saya kagum dengan komitmen Yayasan Seni Selangor yang sentiasa memastikan seni visual terus diangkat dan dihargai.

“Menerusi seni kreatif, industri ini akan menjadi pemangkin aktif kepada perkembangan ekosistem seni lokal hingga ke peringkat global,”katanya.

Pameran berlangsung sejak 5 Mei hingga 19 Jun depan dari 10 pagi hingga 5 petang itu mengetengahkan karya bernaratif perjuangan, pemulihan dan transformasi jiwa yang mampu menyentuh emosi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619