AGENDA

Penunggang motor maut rempuh treler rosak di lorong kecemasan

30 Mei 2025, 6:55 PM
Penunggang motor maut rempuh treler rosak di lorong kecemasan

KLUANG, 30 MEI: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM63) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda ADV160 melanggar bahagian belakang lori treler jenis Scania yang mengalami kerosakan dan diletakkan di lorong kecemasan serta mempunyai kon.

Beliau berkata ketika kejadian pemandu treler yang dikatakan dari Johor Bahru menuju ke Sepang sedang menghubungi pihak PLUS untuk bantuan.

“Akibat perlanggaran itu mangsa seorang lelaki berusia 23 terjatuh di lorong bahagian kanan dan dilanggar sebuah kereta jenis Mazda CX5 dari arah yang sama menuju ke Melaka.

“Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahrin berkata kedua-dua pemandu lori treler dan kereta tidak mengalami kecederaan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1967.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619