AGENDA

Dua suspek pecah masuk sekolah agama di Bukit Jelutong dikesan

30 Mei 2025, 3:54 PM
Dua suspek pecah masuk sekolah agama di Bukit Jelutong dikesan

SHAH ALAM, 30 MEI: Polis sedang mengesan dua suspek yang terlibat dalam kejadian pecah masuk di sebuah sekolah rendah agama swasta di Bukit Jelutong, dekat sini melibatkan kerugian sebanyak RM1,600.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu daripada Timbalan Pengarah sekolah terbabit pada 3.09 petang, 11 Mei lepas.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua suspek telah memecah masuk ke dalam premis berkenaan melalui pintu belakang bangunan sekolah.

"Semakan dibuat oleh pihak sekolah mendapati sejumlah wang tunai telah hilang, iaitu sebanyak RM100 yang disimpan di dalam peti wang tunai koperasi serta RM1,500 yang disimpan di dalam laci.

"Pihak polis sedang berusaha keras mengesan dan menangkap suspek pada kadar segera. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sjn Mohamad Hanafi melalui talian 010-3727932," katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, video yang memaparkan kejadian itu tular menerusi media sosial, memaparkan dua lelaki kelihatan mengenakan kopiah dan topi bertindak memecah masuk ke dalam premis berkenaan.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619