AGENSI

Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000, bantu usahawan kembang niaga

30 Mei 2025, 9:15 AM
Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000, bantu usahawan kembang niaga
Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000, bantu usahawan kembang niaga

SHAH ALAM, 30 MEI: Usahawan di negeri ini yang memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan boleh memohon pembiayaan ditawarkan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor).

Agensi itu memaklumkan Skim i-Bisnes menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan serta menambah modal pusingan.

“Skim i-Bisnes dan NaDi menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 bagi membantu usahawan. Tiba masa untuk bisnes anda meroket!  Skim i-Bisnes boleh beri pembiayaan hingga RM50,000! Proses pun senang. Syarat pun mesra. Jom apply sekarang di www.hijrahselangor.com,” maklumnya di Facebook.

Pada 29 Januari lepas, ketua pegawai eksekutif Hijrah Selangor berkata pihaknya menyasarkan pembiayaan sebanyak RM60 juta di bawah Skim i-Bisnes bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan pada tahun ini.

Dato’ Mearia Hamzah berkata bantuan modal yang terbuka kepada individu lelaki dan wanita di negeri ini dijangka memanfaatkan ribuan peniaga.

Selain itu, katanya Hijrah Selangor juga menyediakan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) khusus untuk usahawan wanita secara berkumpulan dengan sasaran pembiayaan sebanyak RM5 juta kepada kira-kira 500 penerima.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619