AGENSI

PBAKL: 70,000 lawat Pavilion Selangor, cuti sekolah tambah kemeriahan

28 Mei 2025, 12:58 PM
PBAKL: 70,000 lawat Pavilion Selangor, cuti sekolah tambah kemeriahan
PBAKL: 70,000 lawat Pavilion Selangor, cuti sekolah tambah kemeriahan
PBAKL: 70,000 lawat Pavilion Selangor, cuti sekolah tambah kemeriahan

SHAH ALAM, 28 MEI: Orang ramai dipelawa berkunjung ke Pavilion Selangor bagi mendapatkan pelbagai naskhah menarik sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL25), di sini.

Berlangsung sejak 23 Mei, pavilion itu menurut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merekodkan 70,000 pengunjung dalam tempoh empat hari dengan pelbagai tawaran menarik.

"Pada awalnya memang kehadiran pengunjung agak perlahan, mungkin kerana (takut kesesakan jalan raya) penganjuran sidang kemuncak Asean tetapi ada peningkatan ketara.

“Jangan bimbang, datanglah ke sini kerana ada banyak tawaran buku. Dijangka minggu ini mungkin pengunjung akan bertambah kerana cuti sekolah bermula,” katanya dalam sidang media.

[caption id="attachment_703123" align="aligncenter" width="812"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap ketika sidang media selepas merasmikan Pavilion Selangor pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di WTC Kuala Lumpur pada 27 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau ditemui selepas merasmikan Pavilion Selangor di Pusat Dagangan Dunia (WTC), semalam. Hadir sama, EXCO Belia Najwan Halimi dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad.

Sementara itu, pengunjung, Bazli Zamri, 33, mengambil kesempatan berkunjung ke PBAKL bersama keluarga bagi mencari pelbagai buku kanak-kanak untuk empat anaknya.

Beliau yang datang dari Simpang Pulai, Perak berkata Pavilion Selangor menawarkan tempat permainan kanak-kanak sekali gus membantu anak-anak merehatkan badan sebentar.

“Di sini ada permainan untuk kanak-kanak dan kerusi. Jadi mereka dapat berehat sebentar sebelum bergerak semula mencari buku. Layanan daripada kakitangan juga sangat baik,” katanya.

[caption id="attachment_703126" align="aligncenter" width="800"] Lydia Nasir, 33, bercakap kepada Media Selangor ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di WTC Kuala Lumpur pada 27 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA[/caption]

Suri rumah, Lydia Nasir, 33, meluahkan rasa teruja apabila berpeluang bertemu empat mata dengan penceramah Ustaz Fazrul Ismail selepas sesi rakaman audio siar (podcast) di Pavilion Selangor.

“Saya datang sini kerana mahu lihat ustaz Fazrul. Selama ini saya hanya mengikuti tadabbur ustaz di televisyen dan media sosial. Tidak sangka pula dapat jumpa di sini,” katanya.

April lalu, Pengerusi Pengelola PBAKL Mohd Khair Ngadiron menjangka seramai 1.9 juta pengunjung hadir sepanjang 10 hari penganjurannya, yang menyediakan lebih 1,000 reruai.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619