AGENDA

Isytihar tuala dapur, cubaan seludup masuk dron RM1.56 juta gagal

27 Mei 2025, 11:00 PM
Isytihar tuala dapur, cubaan seludup masuk dron RM1.56 juta gagal

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur merampas 20 dron bagi kegunaan pertanian dianggarkan bernilai RM1.56 juta yang cuba diseludup masuk melalui Pelabuhan Utara, Klang.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Raizam Setapa@Mustapha berkata rampasan itu dibuat pada 5.15 petang, 23 April lepas susulan penahanan sebuah kontena bersaiz 20 kaki di pelabuhan berkenaan.

“Dron berkenaan dibawa masuk dari sebuah negara di Asia untuk pasaran tempatan dan diisytiharkan sebagai tuala dapur (kitchen towel),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengimportan dagangan elektronik seperti dron memerlukan Certificate of Approval (COA) daripada SIRIM sebelum sesuatu dagangan dibawa masuk ke Malaysia.

Dalam kes berasingan, Raizam berkata JKDM Kuala Lumpur merampas 21,351 liter minuman keras tidak bercukai bernilai RM2.81 juta di pelabuhan sama pada 7 Mei lepas, selepas penahanan sebuah kontena membawa dagangan yang diikrar sebagai barangan perabot .

Beliau berkata kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Raizam berkata JKDM Kuala Lumpur turut menggagalkan usaha menyeludup keluar bunga ganja seberat kira-kira 10 kilogram (kg) melalui Pusat Mel dan Kurier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 April lepas.

Bungkusan itu diisytihar sebagai buku, pakaian serta alatan permainan.

“Hasil pemeriksaan imbasan yang dilakukan telah menemukan sejumlah bungkusan bahan organik dipercayai dadah jenis bunga ganja seberat 10.055 kg dianggarkan bernilai RM993,936, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619