AGENDA

Warga emas maut kena serangan jantung di hotel Yala

27 Mei 2025, 6:52 PM
Warga emas maut kena serangan jantung di hotel Yala

YALA, 27 MEI: Seorang lelaki warganegara Malaysia ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah bilik hotel di Betong, wilayah Yala pada Isnin.

Ketua Polis Siasatan Balai Polis Betong, Maj. Kol. Pol. Jakkarin Laksana berkata lelaki berusia 67 tahun itu berasal dari Negeri Sembilan dan dipercayai sedang bercuti di Betong.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tersungkur oleh petugas hotel pada pagi Isnin.

Polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada petugas hotel sekitar 8.30 pagi Isnin, katanya.

"Sebaik tiba, kami menemukan mangsa dalam keadaan tersungkur di tepi katil.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya akibat serangan jantung,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Jakkarin berkata anak lelaki mangsa tiba di Hospital Betong pagi tadi bagi tujuan pengecaman dan menuntut jenazah untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Sementara itu, Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang membantu ahli keluarga bagi memudahkan proses membawa pulang jenazah ke tanah air.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619