AGENDA

Reman suspek wanita kes simbah asid disambung empat hari

26 Mei 2025, 9:48 AM
Reman suspek wanita kes simbah asid disambung empat hari

BACHOK, 26 MEI: Reman terhadap seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar di sini Sabtu lepas, disambung bermula esok hingga 30 Mei ini.

Perintah sambung reman terhadap wanita berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi di Mahkamah Majistret Bachok hari ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata suspek yang bekerja di kilang getah itu ditahan di hadapan kilang pada 4 petang, 21 Mei lepas dan telah direman selama lima hari yang berakhir hari ini.

Seorang lelaki berusia 45 tahun turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian sama dan direman tujuh hari hingga 29 Mei.

Media sebelum ini melaporkan seorang peniaga wanita disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Bachok pada 17 Mei lepas.

Mangsa yang melecur teruk pada bahu, belakang, lengan dan kaki kini dilaporkan stabil setelah dimasukkan ke Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619