AGENDA

Enggan serah 30 kilogram emas punca pemilik kedai emas diculik

26 Mei 2025, 8:34 AM
Enggan serah 30 kilogram emas punca pemilik kedai emas diculik

KOTA BHARU, 26 MEI: Keengganan seorang pemilik kedai emas menyerahkan 30 kilogram (kg) emas dipercayai menjadi motif utama dia diculik di Palekbang, Tumpat, Selasa lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata lelaki berusia 44 tahun itu enggan memenuhi permintaan terbabit sebelum diculik sekumpulan individu yang dipercayai berbuat demikian bagi tujuan mendapatkan wang.

"Wang itu tidak sempat diserahkan kerana mangsa dibebaskan pada hari sama susulan tindakan pantas polis melancarkan operasi besar-besaran termasuk sekatan jalan raya di seluruh negeri dan kawasan sempadan.

"Kemungkinan besar suspek menyedari operasi polis dan bertindak melepaskan mangsa," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd Yusoff berkata difahamkan mangsa mengenali suspek dan usaha mengesan empat lelaki dipercayai terlbat dalam kejadian berkenaan sedang giat dijalankan.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 365.

Sebelum ini, tular klip video memaparkan kenderaan mangsa dihadang dan dia secara paksa dibawa menaiki kereta Suzuki Swift berwarna kelabu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619