PBT

MPKS, UiTM anjur program Bumi Hijau, tanam 500 pokok di Masjid Raja Lumu

26 Mei 2025, 7:58 AM
MPKS, UiTM anjur program Bumi Hijau, tanam 500 pokok di Masjid Raja Lumu
MPKS, UiTM anjur program Bumi Hijau, tanam 500 pokok di Masjid Raja Lumu
MPKS, UiTM anjur program Bumi Hijau, tanam 500 pokok di Masjid Raja Lumu

SHAH ALAM, 26 MEI: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Fakulti Perniagaan Pengangkutan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bekerjasama menganjurkan program Bumi Hijau 1.0.

MPKS menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan menerusi kempen penanaman pokok itu 500 pokok pelbagai spesies ditanam di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor, semalam.

“Pokok berkenaan melibatkan tiga jenis pokok hiasan utama iaitu Garcinia subelliptica (Happy Tree); Loropetalum chinense dan Duranta gold.

“Tujuan utama program ini untuk menyokong usaha jabatan dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar selaras dengan inisiatif bumi hijau,” katanya.

Dalam pada itu, penganjuran program tersebut juga dapat mengindahkan kawasan persekitaran masjid dengan kehijauan pelbagai spesies pokok.

“Malah, ia juga dapat memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan dan komuniti setempat dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar,” katanya.

[caption id="attachment_702836" align="aligncenter" width="1189"] Penuntut UiTM, wakil MPKS dan komuniti setempat bergambar dalam Program Bumi Hijau 1.0 di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor pada 25 Mei 2025. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor[/caption]

[caption id="attachment_702839" align="aligncenter" width="1233"] Penuntut UiTM, kakitangan MPKS bersama komuniti menanam pokok menerusi Program Bumi Hijau 1.0 di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor pada 25 Mei 2025. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619