SHAH ALAM, 26 MEI: Sebanyak 10 surau dan empat masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidiladha.
Wakil rakyatnya Tony Leong Tuck Chee berkata setiap masjid menerima seekor lembu manakala surau pula diberi dua ekor kambing bagi melaksanakan ibadah korban.
“Sumbangan ini memperuntuk kira-kira RM50,000 dana Kerajaan Negeri termasuk tambahan daripada saya sendiri untuk diagih kepada rumah ibadat Islam di sini.
“Saya berharap inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban pihak pengurusan masjid dan surau untuk membuat aktiviti korban kelak,” katanya kepada Media Selangor.
Empat masjid terlibat menerima sumbangan berkenaan adalah Masjid Nurul Iman; Masjid Al Mansuria; Masjid India Muslim Tengku Kelana dan Masjid Jamek Samadiah.
Manakala, surau pula adalah Surau Darul Muhibbah; Surau Al Taqwa; Surau Al-Hijrah; Surau Al-Firdaus, Kampung Attap; Surau Al Fallah Walfaizin, Teluk Pulai dan Surau HTAR Klang Al Syrifa.
Selain itu, Surau Baitul Ukhrawi Taman Chi Liung; Surau Al-Ikhwan Bayu Villa; Surau Kastam dan Surau Ikhwannul Muslimin.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tahun ini Kerajaan Selangor menyumbangkan 1,000 kambing dan 700 lembu kepada surau, masjid dan badan masyarakat untuk melaksana ibadah korban.