AGENSI

PKNS perkenal Linkar 52, gaya hidup minimalis tengah bandar Shah Alam

26 Mei 2025, 4:34 AM
PKNS perkenal Linkar 52, gaya hidup minimalis tengah bandar Shah Alam

SHAH ALAM, 26 MEI: Fasa meremajakan semula bandar raya Shah Alam, SA Sentral memulakan pembangunan dengan memperkenal projek perumahan Linkar 52.

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  Dato’ Mahmud Abbas berkata projek perumahan itu yang pertama berkonsepkan pembangunan berorientasikan transit (TOD).

“Linkar 52 merupakan projek TOD pertama terdiri daripada dua menara dengan keseluruhan 615 unit kediaman dan 19 unit lot perniagaan runcit. Projek ini amat sesuai untuk individu dan pasangan yang menggemari gaya hidup minimalis selain menggabung semua hab komersial moden.

“Projek tersebut kini dalam proses kelulusan dan dijangka memulakan pembinaan tahun ini dan siap pada suku kedua 2029. Setakat ini, lebih 100 unit telah ditempah,” katanya.

Terdahulu, pada majlis perasmian, beliau memaklumkan projek perumahan yang dibangunkan di Seksyen 14 itu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM314.42 juta.

Projek berimpak tinggi berkeluasan 64.7 hektar itu meliputi komponen pembangunan Plaza Alam Sentral, Plaza Perangsang, SACC Mall, SACC Walk, Kompleks PKNS dan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

September tahun lalu, Dato’ Menteri Besar melancarkan projek SA Sentral yang bakal menjadikan Shah Alam sebagai pusat perniagaan yang mampu bersaing dengan Kuala Lumpur.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbirannya akan memastikan SA Sentral tidak menjadikan bandar raya ini sesak selain aspek keselamatannya terjamin.

Jelasnya jaringan pengangkutan akan diutamakan termasuk menyediakan penggunaan perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) serta penggunaan bas yang banyak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619